mOh LeR fRiEnD NgN KiTe ^_^

KISAH "DIA"

hidup ini sememangnya indah untuk ditatapi tetapi amat perit dirasai apabila hati dan iman diuji untuk membuktikan kita adalah hambaNYA yang beriman tau tidak. selalunya manusia sering dilanda masalah "CINTA" berbanding perkara-perkara lain. 

cinta itu kurnia ILAHI buat hambanya,
tanda kasih & sayang PENCIPTA kepada MAKHLUKNYA.
tetapi manusia sering kali membezakan cinta itu dengan nafsu semata-mata,
kerana manusia perlukan belaian, perhatian dan perasaan yang angan-angan. 

kita dicipta cukup sempurna dengan adanya akal & hati,
kegunaanya untuk menilai siapa diri itu kepada YANG ESA,
jangan terlalu meninggi diri dengan apa yang ada digenggaman kini,
kelak mati tiada apa yang dibawa melainkan amalan mu sendiri.

hati ku bicara yang aku ini seorang hamba.
yang sepatutnya ku tuntut hanya iman di dada,
melihat dunia membawa ku cerminan syurga,
adakah aku ini kuat sebenarnya???......... 

untungnya manusia diberi kedua orang tua,
yang mendoakan kebahagian dunia & akhirat kelak,
cuma kurangnya penghargaan terhadap mereka,
menjadikan aku seorang penderhaka......

aku seorang insan yang amat-amat berdosa,
tetapi punya niat untuk bermuhasabah diri,
cuba menggapai niat untuk berjihad,
insyaALLAH dipermudahkan oleh yang ESA