mOh LeR fRiEnD NgN KiTe ^_^

    ~*~ BERCINTA Di Jalan ALLAH.. |

    Andai KAU kenali INSAN yang memburu kasih sayang ALLAH, maka usahlah lepaskan DIA.. Kerana DIA terjamin dengan naungan ALLAH...(ilmu&amal)

    Dan andai sebaliknya, JAUHILAH...
Kerana tanpa jaminan naungan ALLAH..
Apakah ada JAMINAN lain melangkah ke SYURGA..? Ya ALLAH... jadilah KAMI menyintai org2 yg BERIMAN dan jadikanlah org2 yg BERIMAN menyintai KAMI agar dapat sama2 menuju REDHAMU...

Apakah sudah dikau lupa sabdanya kekasih ALLAH..?

Sabdanya baginda RASULULLAH
صلى الله عليه وسلم
;

Sesungguhnya ALLAH pada Hari KIAMAT berseru;

"Di mana orang-orang yang saling MENCINTAI kerana keagunganKU? Pada hari ini akan AKU lindungi mereka dalam naunganKU, pada hari yg tidak ada naungan, kecuali naunganKU.”Hadith Riwayat Muslim...

ALLAH Azza Wa Jalla Berfirman: ORG2 yg saling MENCINTAI kerana AKU mereka mendapat cahaya ILAHI yg dirindukan oleh para NABI dan SYUHADA (HR Tirmidzi)
Apakah cinta KITA ada jaminan seumpama itu..?
"Tanamkan Cita2 Bercinta Selepas Nikah hingga ke JANNAH
amin ya RABB...

    Memang SAKIT..ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain..hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih..akan tetapi PERCAYALAH, hal itu sesuatu yang TERBAIK dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, PILIHAN..di tentukan oleh yang MAHA KUASA..

    Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita..namun MENANGISLAH saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan akan menimbulkan KEINDAHAN kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia BUKAN berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan..~

    > Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah..
    ♥♥

Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..

    Ingatlah Sahabat Fillah ku Jodoh itu rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA...
    ☻♥
    /
    \ /\
    .||. ||.
    SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... karena orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)

Yakinlah...Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya

Ehmm... Cinta Hanya Selepas Akad.....
Anda kecewa kerana bercinta? Baca ni :)




1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~
..



DIALOG FIKIRAN

Akal & Hati Berkata – kata
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..



Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam…
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi…
Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk…
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…

*take note korang*
-saya juga pernah merasakannya wahai teman...... :'(
+cinta akan menjadi lebih indah jika kita tahu erti sebenar sebuah cinta itu........... 
#P...E...R...A...S...A...A...N#



BILA HATI MULA KEJAM,
MANUSIA MENYALAHKAN PENCIPTA KERANA MENGURNIAKANNAYA PERASAAN ITU,
TETAPI MANUSIA ITU SENDIRI YANG TIDAK BERLAKU ADIL TERHADAP DIRINYA,
KERANA ITU PERLUNYA “HATI MUHASABAH” DALAM SETIAP PERBUATAN.

KATA HATI DIA ADALAH SEGALANYA,
TETAPI MANUSIA LUPA AKAN SIAPA “DIA” YANG MEWUJUDKANNYA MEREKA DI DUNIA,
MANUSIA ITU PELUPA,LEKA,LALAI,PENTINGKAN DIRI MALAH NAFSU DIBANGGAKAN SERTA MEMBIARKAN MENGHALALKAN SEGALA YANG BATIL,
TERDETIK SEJENAK DI JIWA “HIDUPNYA KITA DI DUNIA KERANA APA DAN UNTUK SIAPA???”.

WAHAI SAYANGKU SAUDARA SEISLAM,
AKU TIDAK BANGGA MENGHINA KALIAN KERANA AKU JUGA BEGITU SEPERTI KALIAN,
AKU PERCAYA BAHAWA KITA SETIAP INSAN DI DUNIA BERLAINAN DUGAANYA OLEH PENCIPTA,
KERANA ITU AKU PERCAYA MALAH MENYAKINI KITA DIBERI NYAWA KERANA KITA MAMPU MENGHADAPI, MENJALANI SERTA MERASA NIKMAT SETIAP NAFAS YANG DIBERI ADA MAKNA DAN HIKMAH DUNIA & AKHIRAT........


!
MOHON AMBIL PERHATIAN..!!!

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..


*HAK MILIK INSAN LAIN*

KISAH "DIA"

hidup ini sememangnya indah untuk ditatapi tetapi amat perit dirasai apabila hati dan iman diuji untuk membuktikan kita adalah hambaNYA yang beriman tau tidak. selalunya manusia sering dilanda masalah "CINTA" berbanding perkara-perkara lain. 

cinta itu kurnia ILAHI buat hambanya,
tanda kasih & sayang PENCIPTA kepada MAKHLUKNYA.
tetapi manusia sering kali membezakan cinta itu dengan nafsu semata-mata,
kerana manusia perlukan belaian, perhatian dan perasaan yang angan-angan. 

kita dicipta cukup sempurna dengan adanya akal & hati,
kegunaanya untuk menilai siapa diri itu kepada YANG ESA,
jangan terlalu meninggi diri dengan apa yang ada digenggaman kini,
kelak mati tiada apa yang dibawa melainkan amalan mu sendiri.

hati ku bicara yang aku ini seorang hamba.
yang sepatutnya ku tuntut hanya iman di dada,
melihat dunia membawa ku cerminan syurga,
adakah aku ini kuat sebenarnya???......... 

untungnya manusia diberi kedua orang tua,
yang mendoakan kebahagian dunia & akhirat kelak,
cuma kurangnya penghargaan terhadap mereka,
menjadikan aku seorang penderhaka......

aku seorang insan yang amat-amat berdosa,
tetapi punya niat untuk bermuhasabah diri,
cuba menggapai niat untuk berjihad,
insyaALLAH dipermudahkan oleh yang ESA 


The Hidden TRUTH: Racun yang diutamakan dizaman fitnah ini

The Hidden TRUTH: Racun yang diutamakan dizaman fitnah ini: Cara pemakanan kita telah berubah secara drastik dizaman moden ini berbanding dengan masa lampau kerana
pada zaman ini makanan adalah begitu...

The Hidden TRUTH: Kekejaman Musuh Islam dizaman Dajjal Bhg 2

The Hidden TRUTH: Kekejaman Musuh Islam dizaman Dajjal Bhg 2: Salam sejahtera kepada Muslimin..Seperti yang dijanjikan sebelum ini saya akan membongkar kekejaman musuh Islam terhadap Saudara Saudara I...

AFTERDARK WRITES!: YASEEN : STORY OF THE LOST CIVILISATION

AFTERDARK WRITES!: YASEEN : STORY OF THE LOST CIVILISATION: THE STORY OF ATLANTIS IN QURAN Caution: This is an extremely long article. Your discretion is advised. I am please to announce that m...

The Hidden TRUTH: Obama Pencetus Perang Dunia KE 3

The Hidden TRUTH: Obama Pencetus Perang Dunia KE 3: Asia tengah kini diambang perang atau lebih sesuai dikatakan sebagai kemusnahan dunia Islam secara total dan penglipur lara yang b...

kami adalah REMAJA....!!!


!!!...REMAJA...!!!

SAYA juga seorang remaja...! kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya pintu kehidupan yang lebih mencabar berbanding menjadi dewasa atau seorang kanak-kanak. kami adalah golongan yang MENCERMINKAN DIDIKAN KELUARGA , PERIBADI/MARUAH KELUARGA dan BAKAL PEWARIS ILMU AKAN DATANG, dan itu tidak mengira lelaki mahupun perempuan. YEA, memang kami yang akan menjadi bakal pewaris kepada keluarga, pemimpin dan setiap apa yang terjadi kini di dunia. pentingnya ilmu dan mereka yang mendidik kami supaya menjadi insan yang berguna malah menjadi anak-anak yang soleh/solehah.

KETAHUILAH KAMU, bahawasanya kami ini LEMAH, MUDAH TERPENGARUH, CETEK ILMU malah SUKAR MENGAWAL HAWA NAFSU di dada jasad kerana itu kami AMAT MEMERLUKAN kasih sayang seorang ibu yang menjaga sihat dan sakit, seorang ayah yang akan sentiasa memberi semangat dalam setiap kesusahan, seorang abang yang menemani gelak tawa & tangisan, seorang kakak yang tidak putus2 memberi semangat ketika rebah tak berdaya, seorang adik yang akan ketawa bersama2 walaupun tidak ketahui perit yang dirasakan. KELUARGA adalah JALAN/LORONG kami yang pertama persinggahan dalam mengajar kami erti KEHIDUPAN. 

MEMANG BETUL, kawan kami WAJIB ada kerana rakan sebaya sahaja yang lakukan apa yang sama kami lakukan TETAPI kawan yang ada PEMIKIRAN WARAS berserta PENGETAHUAN (biarpun cetek) akan menjadi peneman di BAWAH LANTAIAN BENAR ke jalan lebih baik meskipun kami tetap akan cuba membina peribadi sendiri. 

TAK NAFIKAN PON!!! yang kami memang nakkan PASANGAN sebagai teman bergembira dan teman sama2 merasa DERITA. tapi itu bukanlah penyebab yang kami tidak memerlukan keluarga kerana mempunyai pasangan itu TIDAK MENJAMINKAN KAMI AKAN BAHAGIA SEHINGGA JANNAH BERSAMA (kalau ada jodoh). oleh itu, AWASILAH kami biarpun jauh kerana kami takut kami mensia-siakan MASA & NYAWA kerana perbuatan sia-sia. 

ORANG DEWASA adalah contoh bagi kami bagaimana menghadapi cabaran di luar jagaan keluarga kerana orang dewasa bertindak mengikut rasional dan matang dalam membuat keputusan. jadi orang dewasa lah menjadi rujukan kami apabila minda menyanyakan APA,BAGAIMANA,KENAPA, semua itu diperlukan dalam diri dan kehidupan seorang remaja. jadilah DINDING yang mencerminkan segala ilmu agar diri BERSEDIA memasuki ALAM DUGAAN MENJADI DEWASA.

KAMI PERLUKAN DIDIKAN YANG MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN YANG BERMAKNA DENGAN MENJADI HAMBA YANG BERIMAN(biarpun sebenarnya sukar kerana berada di zaman yang payah mencari panduan benar) ATAUPUN SEORANG YANG BAIK DI MATA PENCIPTA, SYURGA ITU MILIK KAMI JIKA KAMI DIBERI ILMU MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH SERTA SEORANG INSAN YANG BERGUNA DI DUNIA & AKHIRAT.............

^^tolong tahu hati kami wahai parents, orang dewasa dan diri sendiri.......!